Google Telah Mengemaskini Paparan Carian Pada Tablet.

 

Salam buat semua,

Enjin carian yang popular, Google telah mengemaskini paparan bagi enjin carian yang diakses dengan menggunakan tablet seperti iPad dan devices yang beropersi dengan sistem operasi Android 3.1+.Mereka telah mengemaskini paparan tersebut dari sudut saiz kandungan yang lebih besar dan membuatkan ia lebih mudah untuk diakses.

Pengguna juga akan mudah untuk memilih kandungan-kandungan atau kategori yang diingini seperti gambar atau video dengan sistem ‘drop down menu’ yang disediakan.Dengan kemaskini yang baru ini juga pengguna akan mudah untuk mengakses laman web yang dicari menggunakan enjin carian Google.

 

                                                

 

Untuk mengetahui dan merasa kelainan yang baru dikemaskini ini,pengguna-pengguna tablet bolehlah pergi ke www.google.com melalui tablet masing-masing.

Teruskan bersama dengan Twitter Brader Orait!

Post to Twitter

Posted in Android, iOS by Brader Orait! on August 8th, 2011 No Comments » Tags: , , , ,

Kontest Menang Duit Raya Dari Puan Bee

Salam buat semua pembaca blog orait!

Sebenarnya dah lamaBrader Orait nak tolong Puan Bee promote kontest ni.Sekarang baru buat entri ni..sorry ye Puan Bee.. :-)

 

Ok, syarat-syarat kontest :

-  Buat satu artikel promosi Kontest Menang Duit Raya dan PRODUK VCO yang di jual di blog puanbee.com

-  Terbuka kepada pengguna blog atau facebook (jika facebook boleh buat note )

-  Hantarkan link ke blog Puanbee.com di tempat komen artikle bertajuk Kontest menang duit raya

-  Di bahagian bawah artikle , masukkan ayat seperti di bawah berserta dengan link :

Kontest Hari raya ini di anjurkan oleh puanbeeDOTcom dengan kerjasama myglobalnetworkdan hadiah di taja oleh Myglobalnetwork, UpProfits , Agent Top up , Adamhaiqal , Oraitlah.com ,Lela Lelord , kakpah , Chipscokelat , Esempoi , juenita mary kay , mindasasterabahasa ,Kakpah k-POH , my.mustafa ,  ctHoney kraft , ummieross , malaysianetworks.com , Dins Blog

 

Berikut adalah hadiah-hadiah yang disediakan :

(Mengikut kata Puan Bee, hadiah akan di update dari masa ke semasa)


- RM 500 (WANG TUNAI ATAU BARANG . BELUM DI TENTUKAN DARI MYGLOBALNETWORK)

- 3 x RM 10 top up untuk peserta dari upprofits blog

- Pakej Agent (A) topup yang bernilai RM100 Dari Agent topup azrijohan blog

- Barang kecantikan – Injection Vitamin C + Collagen yang bernilai RM250..Dan injection vitamin C Mita C daripada Japan bernilai RM150 dari Adamhaiqal blog

-3 license keys Kaspersky Internet Security 1 User 1 Year ( 2011 version )  dari blog oraitlah.com

- Sebuah Hosting dari JOMhosting..100MB space ..5G Bandwidth Dari blogchips

- Wang tunai RM50 dari esempoi

- Mary Kay Eau De Parfum 50ML bernilai  RM125 Dari juenieta tetikus rosak

- 3 x rm10 top up dari minda sasterabahasa

- Sekotak VCO dari kak pah k-poh

- 3 buah buku pendapatan melalui internet tajaan  my.mustafa

- 1 set perfume untuk lelaki dan wanita, ( 2 set kesemuanya dari one drop @ perfume paradise ) (tukang sponsor minta dirahsiakan  :)  )

- RM50 dari malaysianetworks.com (pesanan penaja , kalau rajin sila lah register sekali icon smile Puanbee Mencari Penaja Dan Sponsor Untuk Kontest Bulan Julai   Ogos )

- Cash rm100 dari dinsblog

- 2 Helai kain batik sarong serawak dari ummieross

 

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kontest ini, boleh klik SINI untuk terus ke blog Puan Bee.

Selamat berjaya !

Post to Twitter

Posted in Blogging, Kontest by Brader Orait! on August 1st, 2011 9 Comments » Tags: , , ,

Salam Ramadhan Dari Brader Orait!

Assalamualaikum semua pembaca blog orait!

20110731-113811.jpg

Alhamdulillah, InsyaAllah esok kita semua akan mula menjalani ibadah puasa.Syukur ke hadrat Allah S.W.T dipanjangkan umur Brader Orait hingga ke saat ini untuk merasa nikmatnya menyambut kedatangan Ramadhan yang dirindui.
Syukur sekali lagi kerana baru sekejap tadi Brader Orait telah selesai menjalani solat sunat terawih di surau di dalam taman perumahan yang Brader Orait diami ini.Tahun ini merupakan tahun pertama Brader Orait akan berpuasa di taman ini kerana baru berpindah ke sini.Agak terkejut jugak tadi melihat surau tersebut penuh dengan jemaah yang hadir.Keadaan itu Brader Orait dah jangka semasa baru sampai ke surau.Di luar surau penuh dengan kereta dan motosikal.Semua jemaah datang berduyun-duyun untuk mendapatkan pahala di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.Keadaan tersebut sangat berbeza jika pada malam-malam biasa.
Tiba-tiba Brader Orait terfikir.Alangkah seronok dan bagusnya kalau pada malam-malam biasa juga jemaah yang datang menunaikan solat fardhu macam ni keadaannya.Barulah meriah keadaan di surau.Tidaklah saf yang ada cuma satu saf sahaja.Itupun cuma ahli jawatankuasa masjid dan beberapa orang lagi jemaah.Brader Orait pun kadang-kadang ter’miss’ jugak solat berjemaah di surau pada hari biasa :-D .Yelah, kadang-kadang urusan kerja yang banyak menyebabkan Brader Orait tak sempat untuk ke surau.Walaupun begitu Brader Orait berdoa supaya diberi kekuatan untuk bersama-sama mengimarahkan lagi surau di taman Brader Orait ini.
Brader Orait rasa dah banyak Brader Orait menulis ni sebab tujuan asalnya hanyalah untuk mengucapkan berpuasa sahaja. :-) …ok..

” Dengan ini Brader Orait ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung yang sudi datang ke blog Brader Orait ini.Semoga puasa kita diterima oleh Allah S.W.T
Amin “

Post to Twitter

Posted in Blogging by Brader Orait! on July 31st, 2011 2 Comments » Tags: , , ,

Ulasan Perlawanan Timbal Balik Malaysia Vs Singapura.

Salam satu orait!

Sepatutnya entri ini Brader Orait tulis sejurus perlawanan tamat malam semalam.Tetapi oleh kerana PC mengalami sedikit masalah, Brader Orait lewatkan sikit penulisan entri ini.Brader Orait akan cuba tuliskan seringkas dan sepadat mungkin.

Pujian.

Terus terang Brader Orait cakap.Sepanjang menonton perlawanan tersebut hati Brader Orait berdebar-debar.Duduk tak senang,berdiri tak senang,baring pun tak senang.Brader Orait rasa seluruh rakyat Malaysia sama-sama merasai debaran yang Brader Orait rasai.Pasukan Harimau Malaya kesayangan kita telah bermain dengan baik dan bermati-matian malam semalam.Mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi.Pujian patut diberi kepada semua pemain terutama sekali Khairul Fahmi.Beliau bermain dengan begitu baik sekali.Banyak percubaan bahaya dapat diselamatkan oleh penjaga gol bermata sepet ini sampaikan situasi ‘one by one’ pun dapat diselamatkan oleh beliau.Tidak terkecuali Kunalan.Pemain ini sangat rajin tetapi malangnya malam tadi dia tidak berapa menyerlah.Safee Sali walaupun dikawal ketat dan diasak oleh barisan pertahan Singapura beliau berjaya menjaringkan satu gol.Ini sedikit sebanyak mengubat kedukaan rakyat Malaysia.

Pertahanan.

Perlu diberi perhatian yang serius oleh Rajagopal.Brader Orait tengok diaorang ni selalu leka dan tidak peka kepada situasi sekeliling dan keadaan semasa.Barisan pertahan juga tidak dapat mengagak dengan betul di mana kedudukan pemain lawan berada ketika benteng negara diasak.Ini terbukti apabila banyak kali penyerang Singapura dapat meloloskan diri ataupun terlepas dari kawalan barisan pertahanan Malaysia.

Tengah

Perlu ada seorang pemain ‘mastermind’ yang bijak mengawal permainan dan mengatur gerakan serangan.Brader Orait tengok semalam kawasan tengah kurang berfungsi.Malaysia perlu mencari satu bakat pemain yang berkebolehan untuk menjadi ‘mastermind’ di tengah padang bagi gerakan perancangan merobek kubu pihak lawan.

Serangan

Safee Sali sudah bagus tapi beliau memerlukan seorang partner yang betul-betul serasi dengan beliau.’Backup striker’ tersebut mestilah bijak mengambil peluang kerana pihak lawan tentunya akan memfokuskan pada Safee.Peluang ini seharusnya diambil oleh ‘backup striker’ tersebut untuk meledak gol.

Keseluruhan.

Secara keseluruhannya, Brader Orait berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Harimau Malaya malam semalam.Malaysia telah menunjukkan peningkatan dalam sukan bolasepak.Pasukan Harimau Malaya ini telah menaikkannya martabat bolasepak negara.Kekalkan momentum ini.Diharap pasukan Harimau Malaya akan dapat pergi jauh lagi pada masa akan datang.

Kesal

Brader Orait rasa keseluruhan rakyat Malaysia dan peminat bolasepak berasa kesal dengan lakonan yang ditunjukkan oleh pemain Singapura.Tak payahlah Brader Orait nak hurai satu persatu sebab kita semua nampak dengan jelas apa yang terjadi semasa perlawanan sedang berlangsung.Pemain Singapura tidak sepatutnya menunjukkan sikap berpura-pura ‘injured’ kerana perlawanan tersebut ditonton oleh berjuta orang dan kamera pula ada di setiap penjuru stadium.Bagi yang menonton di TV pula, ada ulang tayang dalam gerak perlahan setiap insiden yang berlaku.Jadi, kita semua tahu jika seorang pemain itu berpura-pura sakit atau sengaja berlakon dengan tujuan untuk melengah-lengahkan permainan.Jika mahu menang pun,menanglah secara bermaruah dan bermainlah dengan penuh semangat kesukanan.Bagi Brader Orait walaupun pasukan Harimau Malaya tewas, tetapi kita tewas dengan penuh bermaruah.Biarlah tewas dengan bermaruah daripada menang dari hasil penipuan,kepura-puraan dan lakonan di atas padang.

Dan ini ingatan kepada penyokong Harimau Malaya.Janganlah kita dilabel sebagai ‘Laserman’ sebagaimana yang dilakukan oleh penyokong Indonesia kepada pasukan kita tahun lepas.Jadilah penyokong yang berdisplin.Jagalah maruah negara yang kita cintai.

Kepada pasukan Harimau Malaya,Brader Orait tekankan di sini bahawa kami semua, seluruh rakyat Malaysia akan tetap menyokong pasukan Harimau Malaya kesayangan kami tidak kira Harimau Malaya menang atau kalah.

HARIMAU MALAYA BOLEH !!!

Post to Twitter

Posted in Sukan by Brader Orait! on July 30th, 2011 2 Comments » Tags: , , , , ,

Perlawanan Timbal Balik Malaysia Vs Singapura Malam Ini.

Salam semua dan harap-harapnya berada di dalam situasi orait!

20110728-120543.jpg

Seperti yang telah dijadualkan, malam ini akan berlangsung perlawanan timbal balik antara Malaysia Vs Singapura.Semua rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan kepada pasukan Malaysia malam ini.Harap-harapnya pasukan Malaysia tidak bermain sebagaimana mereka bermain pada separuh masa pertama di perlawanan pusingan sebelum ini.

Blog Oraitlah! akan memberikan keputusan terkini semasa perlawanan berlangsung malam ini.

UPDATE : Keputusan penuh,

Malaysia 1 vs Singapura 1.

Singapura menang dengan aggregat 6-4.

Follow twitter untuk terus bersama Brader Orait!.

Post to Twitter

Posted in Sukan by Brader Orait! on July 28th, 2011 6 Comments » Tags: , ,